Friday, September 25, 2009

Zuppa!

Dari kiri: Irfan, Alan, Meyo, Farhan, farah, Faezah, Hani

Owh kengkawan..

Rindu giler kat korang..

Tah bile dapat jumpe korang semuler..

Harap2 dapat reunite smuler ek lpas SPM neyh..

Till that time, Best of Luck to All.

and..tak dilupakan akak2 Fasilitator yang disayangi..
Kak LiJo n Kak Thira
cayang sama kamoo..



Friday, August 28, 2009

Kisah DorAnies dan DorAlan

Dalam susunan orbit planet-planet yang wujud dalam galaksi Bima Taksi, terdapat satu planet yang bernama Planet Dora Dora. Di Sana, penghuninya hidup aman damai tanpa peperangan dan pembangunan kemajuan membangun dengan pantas sekali. Di situ juga tinggal seorang saintis yang bernama Doranies.

Professor Doranies merupakan seorang saintis yang berpengaruh di planet Dora Dora kerana beliau telah banyak memberikan sumbangan kepada kemajuan planet tersebut. Namun begitu, tiada siapa yang tahu bahawa Professor Doranies sebenarnya sedang menjalankan kajian untuk melingkupkan Negeri Atas Angin (salah sebuah negeri yang ada di Planet Dora Dora).

Untuk mengelakkan rahsianya terbongkar, Professor Doranies sejak awal lagi telah bermastautin di negeri bawah angin dimana tidak ramai yang mengenalinya di situ. Dengan itu, beliau bebas untuk menjalankan kajiannya bersama beberapa orang kuli di makmal rahsianya.

Dalam diam, salah seorang daripada kuli beliau yang berasal dari Negeri Atas Tanah berhasrat untuk berkawan dengan Professor. Manakan tidak, Professor Doranies tidak kurang cantiknya. Untung sabut timbul,nasib menyebelahi Doralan untuk berkawan dengan beliau. Semakin hari, mereka semakin rapat.Pada suatu hari Professor Doranies menjadi sangat marah dan telah memarahi semua orang yang ada di dalam makmalnya.

Doralan seorang yang bijak. Dia berjaya melembutkan hati Professor Doranies. Dia mengajak Doranies untuk ke tempatnya di Negeri Atas Tanah. Maka pergilah mereka berdua ke tempat Doralan. Di sana, Doralan membawa Professor kesayangannya itu ke tepi Tebing Tinggi. Katanya, dia selalu datang ke sini untuk meluahkan perasaan. Dia akan duduk melihat pemandagan matahari terbenam dan berbaring untuk melihat bintang bertaburan di langit malam. Sungguh mengasyikkan.

Hari itu, Doranies berasa sungguh tenang seperti segala masalahnya terbang ditiup angin pantai petang itu. Namun, Doranies terpaksa pulang ke Negeri Bawah Angin kerana tidaktahan dengan udara di sana yang mempunyai Indeks Pencemaran Udara (Air Pollution Index, API) yang tinggi. Selepas hari itu, Doralan bertungkus lumus mencipta alat untuk Doranisagar suatu hari nanti, beliau dapat tinggal lebih lama di tempatnya.

Hampir 3 bulan bertungkus lumus, akhirnya siap juga air filter untuk Professor Doranies. Hasrat di hati untuk memberi kejutan bertukar terkejut apabila Doralan kinimengetahui bahawa Doranies sebenarnya berusaha untuk melingkupkan Negeri Atas Angin. Doralan hamper-hampir hilang pertimbangan tetapi dia masih berjaya mengawal perasaannya. Satu rancangan ringkas telah diatur.

“Professor, tahniah.”kata Doralan. Doranies yang masih terpinga-pinga dengan ucapan tahniah itu terus membisu dan merenung jauh ke dalammata Doralan yang sedang menghulurkan kotak kecil berbalut kemas dengan pembalut berwarna merah jambu.”Ini sebagai tanda penghargaan atas usaha Professor untuk melingkupkan Negeri Atas Angin yang hampir berjaya tak lama lagi.”

Terpana dengan kata-kata Doralan, Doranies terus membeliakkan matanya.”Tak perlu Professor terangkan apa-apa. Saya sudah mengetahui segalanya. Saya menyokong tindakan Professor. Tetapi, renungkanlah kata-kata saya ini Professor. ”

Penduduk di Negeri Atas Angin memang terdiri daripada golongan atasan yang telah dididik untuk membenci golongan bawahan. Namun, Doranies tidak seperti mereka kerana dia berdarah kacukan negeri atas angin dan negeri bawah angin. Beliau tidak sanggup lagi melihat golongan sepertinya ditindas dan dihina. Oleh itu, beliau ingin melingkupkan negeri itu dengan isinya sekali.

“Professor tentu suka akan pemandangan matahari terbenam di tempat saya dahulu. Sayangnya, itulah kali terakhir kita melihatnya.. Kerana selepas ini tiada lagi pemandangan indah seperti itu di Planet Dora Dora.”Doranies terus menyepi. Tiba-tiba, Franticman muncul disebabkan perasaan berbelah bahagi yang sangat kuat dalam diri Doranies.

“ What a drama?! Hey, cut it out! I want to play a Game. It’s called The Think Wisely game.
THINK what I think
FEEL what I feel
Do what I do.
The Pro and cons..
Good or Bad,
Continue or stop,
Happiness or hardship,
Live or death.
The choices are in your hands. Now start THINKING!”

Doranies hanya mampu menyepi. mulutnya bagaikan terkunci seribu bahasa.

“Good or bad it doesn’t matter for me as I will forever be in your heart,” kata Franticman. Doranies yang terpukau dengan kata-kata itu terus berlalu pergi bersama dengan Franticman meninggalkan Doralan berseorangan. Doralan terasa bagai dilanggar oleh kapal perang Dr. Phill yang dipandu oleh Prebet Shaque.

*Selepas sebulan

Doralan menghabiskan masanya di tepi Tebing Tinggi berseorangan. Melihat pemandangan kesukaannya dengan perasaannya yang berkecai. Sepatutnya, dia yang berkata begitu pada Doranies.tetapi Franticman lebih awal mengatakannya. Franticman tak guna! Tiba-tiba, Doralan terasa bahunya dicuit. Dia menoleh dan tersenyum. Hatinya berbunga kembali.

Doralan,
ketahuilah bahawa daku telah membuat kesilapan besar dalam hidupku
untuk melingkupkan Negeri Atas Angin.
Akan tetapi daku yakin pilihanku untuk membatalkan projek itu
bukan lagi satu kesilapan kerana daku memberi peluang kepada diriku
untuk melihat pemandangan nan indah ini lagi disini,
di Tebing Tinggi bersama pilihanku yang abadi, Doralan..

Mereka hidup bahagia selama-lamanya di Negeri Atas Tanah setelah projek 0% API dilancarkan di sana.






Special Dedication to Nur Hanis Zaroni
Something by: @QuaLan

Tuesday, August 4, 2009

Gingerbread - Ku Cari Damai Di Hati

Mengapa kau tergamak sungguh
Memperdaya harapan ini
Tunas kasih yang aku semai
Racun berbisa yang kau sirami


Beginikah balasan cinta
Manis kata di bibir saja
Lembut lidah mengukir janji
Segunung mimpi berkecai kini

Sesalan tidak terucap
Bila kau berubah sikap
Ku sedar siapa diri ku
Kau buat tempat berteduh


Semoga engkau bahagia
Di samping kekasih baru
Andainya engkau kecewa
Janganlah kau cari aku

Biar saja aku sendiri
Yang mencari damai di hati
Airmata basah di pipi
Tak mungkin dapat membasuh luka

Flybaits - Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta

Seketika itu sepi mencuit hati
Hanya suara hujan seakan menyanyi
Mendendangkan lagu syahdu
Ketika ku terpegun
Merenung jauh gambarmu sayangku

Terkilan rasa bila kata-katamu
Kau ucapkan padaku, membuat ku terpaku
Bersama-sama suratmu, setelah ku baca kini
Seolah ku berada dalam mimpi

( korus )
Titisan demi titisan
Airmata ku jatuh berlinangan
Kugenggam gambarmu dalam pelukan mesra
Tak mungkin dapat ku melupakanmu...
Sayang...
Di dalam dunia ini
Tak mungkin dapat ku cari pengganti dirimu
Oh... mengapa perpisahan yang kau pinta

Janganlah kau lupa suatu ketika dulu
Kita pernah bersama berjanji dan bercinta
Kini nyata kau mungkiri setelah janjimu itu
Di manakah letak kejujuranmu

( ulang korus )
Dariku... dariku...

“Kita jadi kawan aja, ya.”
Gugur jantungku buat seketika setelah mendengar kata perpisahan keluar dari mulutnya. Lagu “Mengapa perpisahan yang kau pinta” bermain dalam mindaku. 1001 persoalan muncul dibenakku. Cinta pertama, perpisahan pertama. Benarlah kata orang, cinta itu membahagiakan dan menyeksakan.
“Kita capai cita-cita dulu, ya.”
“Saya minta maaf.. Saya cuma takut perjalanan mencari cita-cita terhalang disebabkan cinta.”
Cita-cita dan cinta.. tak tahu antara dua.memang susah untuk dipilih. Tapi kita harus bijak menilai keutamaan antara mencari cinta dalam mengejar cita-cita. Kadang kala kita alpa dan terus hanyut dalam gelombang percintaan. Dan, saat yang paling pahit dalam bercinta ialah perpisahan.
Harapan membina mahligai permata bersama-sama putus ditengah jalan. Selepas saat itu, perjalanan hidupku sedikit terganggu. Prestasiku merosot. Hatiku..hancur bak kaca terhempas ke batu. Aku tidak tahu mengapa mudah sungguh dia melupakan kenangan-kenangan yang dibina bersama. Sedangkan aku masih tidak dapat melupakannya.
Aku tidak menyalahkannya. Mungkin aku yang bersalah? Aku buntu.Namun, ku cuba buka pintu hatiku ini untuk menerima insan lain. Aku tidak kuat. Entitinya masih utuh dalam hatiku. Perasaanku untuk menerima orang lain mati sebelum ia mekar berputik.
Kaulah kekasih awal, kaulah kekasih akhir..